Kahwin adalah saat yang sangat dinanti-nantikan setiap orang apatah lagi kahwin di usia muda. Berkahwin di usia muda adalah suatu niat suci yang tak perlu diberi pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripadanya . Ia sudah menjadi tuntutan agama, yang mana digalakkan oleh Nabi SAW sejak dulu lagi. Malah dianggap sebagai ibadah, macam amalan-amalan lain. Kalau dah agama yang menuntut kita mendirikan rumahtangga, kenapa kita masih mempertikaikan kebaikannya.Ada banyak kelebihan berkahwin di usia muda. Antara yang kita perlu tahu adalah :-
- Kahwin di usia muda memberikan ketenangan jiwa dan tidak akan lagi kesunyian.
- Kahwin di usia muda, menjadikan ibadah kita lebih berkualiti, penuh khusyuk. Yalah, tiada lagi masalah nafsu dan ketidaktenangan terhadap pasangan yang belum pasti.
- Kahwin di usia muda, menjadikan mereka lebih fokus terhadap tanggung jawab termasuk terhadap pencarian ilmu. Masa semakin banyak perlu digunakan dan tiada lagi masalah nak melakukan perkara sia-sia seperti bermain game siang malam, bersembang hingga larut malam dan membaca komik berjam-jam tanpa hulu tuju yang kadang-kadang tak kelihatan matang dan membazir masa jika keterlaluan.
Namun tidak semudah itu kerana pasti banyak halangan dan cabaran yang akan membantut niat untuk berkahwin ketika masih belajar atau seusia muda antaranya masalah kewangan, masalah keluarga (keizinan kedua-dua ibu bapa) dan masalah cabaran selepas kahwin. Tak salah mendirikan rumahtangga jika ada sudah sampai masanya.
Apabila kita tahu cara yang betul dan pengalaman orang sudah berkahwin terutamanya berkahwin di usia muda muda insyaAllah akan menjadi kenyataan. Untuk mengetahui lebih lanjut tip-tip kahwin muda sila klik banner di bawah. =)










0 comments:
Post a Comment