Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Thursday, January 05, 2012

Kembalilah Nur Amalinaku

Ketika ini negara kita dikejutkan isu Nur Amalina Che Bakri yang merupakan pelajar cemerlang SPM 2004. Sama-sama dengan saya ketika itu namun keputusan saya tidaklah sehebat Nur Amalina yang mempunyai kelebihannya tersendiri dengan IQ tinggi dan cara belajarnya tersendiri yang tidak diketahui pelajar lain masa itu. Sejak keputusan SPM 2004 diumumkan, Nur Amalina merupakan sumber motivasi kebanyakkan anak muda ketika itu dan juga hari ini. Sehingga Nur Amalina dapat menulis bukunya sendiri dengan berkongsi tip-tip belajar dan kejayaan yang laris dijual masa itu. Selain itu, Nur Amalina juga menjadi contoh idola kepada motivator menyampaikan ceramah motivasinya kepada anak-anak muda.

Namun hari tidak selalu cerah, "ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tenghari". Mungkin itu ungkapan yang sesuai dengan apa yang berlaku pada hari ini. Tidak setiap masa akan manis, pasti pahit akan datang bertandang menguji diri tanpa diundang kerana ia fitrah kehidupan dan tidak akan dinamakan kehidupan tanpa ujian pahit dan manis bersilih ganti menguji setiap insan.

Bermula dengan pengbongkaran kisah terbaru Nur Amalina oleh blogger. Kemudian dinafikan oleh ibunya bahawa ia adalah fitnah kerana prestasi pelajaran Nur Amalina masih cemerlang seperti dulu cuma pakaian hanya berubah sehingga ibunya sendiri mengakui bahawa beliau yang membeli pakaian itu. Ketika negara kita kecoh kisah Nur Amalina, semalam Nur Amalina tampil menjawab segala persoalan dan tomohan rakyat Malaysia melalui video skype.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya sama ada tersurat mahupun tersirat yang perlu dijadikan ibrah (pengajaran) buat semua rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa. Kejayaan banyak 'A' dalam akademik tidak menjanjikan kecemerlangan yang abadi di dunia apatah lagi di akhirat. Sekiranya meninggalkan agama di belakang dan lebih mengutamakan dunia kerana mengikut trend zaman kini yang sememang menjauhkan kita dari agama.

Sedarlah hidup tanpa keberkatan dan keredhaanNya disebabkan mengabaikan ajaran agama walaupun cemerlang dalam akademik dan karier pasti hidup tidak akan tenang dan tiada barakah. Perjalanan hidup akan menjadi terumbang-ambing dan ada sahaja perkara yang tidak ok akan berlaku. Kembalilah kita kepada fitrah yang kita memang memerlukan agama dalam kehidupan untuk panduan menghadapi kehidupan zaman kini yang penuh ujian dan onak duri yang tidak mampu kita tempuhi tanpa Iman dan Taqwa. Kita semua adalah sama walaupun kita seorang yang hebat dalam pelajaran, kaya dan apa sahaja yang sangat diimpikan orang zaman kini. Hakikatnya kita sama sahaja yang membezakan kita di sisiNya hanyalah Iman dan Taqwa.

Buat semua rakyat Malaysia termasuklah diri saya ini. Berhentilah kita memburuk-burukkan dan menghina Nur Amalina lagi. Marilah sama-sama kita mendoakan Nur Amalina kembali ke pangkal jalan yang diredhaiNya. Semoga dia kembali seperti ketika dirinya dulu mengampai kejayaan SPM 2004. Kita dan Malaysia masih memerlukan Nur Amalina yang saya difahamkan bakal menerbitan buku yang akan digunakan pelajar perubatan dan pensyarah. Empat kajianya telah diterbitkan sebagai jurnal.

Kembalilah Nur Amalinaku.
Allah swt Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat selagi hambaNya tidak mensyirikkannya. Kembalikanlah dunia asalmu pasti dunia akan kembali bangga dengan kehadiran dan kepulanganmu.

Saturday, December 24, 2011

Antara Dua Darjat Hukuman Penjara

Ini kisah benar berlaku pada minggu ini yang buat saya sungguh terkejut apabila mengetahui dan membacanya sendiri 2 kes hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah yang tidak adil pada akal yang waras dan sihat. Seolah-olah hukuman penjara ditentukan darjat seseorang bukan atas kesalahannya. Ini menandakan ada yang tidak kena dalam institusi mahkamah. Kesalahan kes pertama yang melibatkan duit berjuta-juta tapi hukumannya hanya 1 tahun (12 bulan) tapi kesalahan kes kedua yang hanya melibatkan duit RM20 kerana terdesak membeli susu anak akhirnya dikenakan hukuman 3 tahun (36 bulan). Kesimpulannya, semakin berpengaruh seseorang itu, semakin kurang hukuman kesalahannya.


Kes Pertama

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau akan membuat satu pengumuman pada 9 Januari depan.

Ditanya sama ada pengumuman tersebut berkaitan masa depan politiknya, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Apa pun, sama ada pengumuman mengenai karier politik atau sebaliknya tunggu 9 Januari,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Khir didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Khir berdepan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai Adun dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Ketika ditemui di luar mahkamah sebaik sahaja didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah bang­lo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu, Khir berkata, beliau akan akan berjuang untuk membersihkan nama baiknya.

Mohamad Khir berkata, hukuman ini bukan keputusan akhir kerana beliau masih boleh merayu.

“Saya akan buat rayuan di mahkamah. Rayuan akan difailkan oleh peguam saya petang ini,” katanya.

Menurutnya, kesalahan itu adalah kes pertama di negara ini.

Mohamad Khir hadir ke mahkamah ditemani isterinya, Zahrah Kecik.



Kes Kedua

KUALA TERENGGANU - “Saya langsung tidak ada niat hendak menyamun mangsa tetapi saya benar-benar dalam situasi terdesak memerlukan wang untuk membeli susu kepada anak kembar yang baru berusia setahun,” demikian jelas tertuduh, Mohd Hishanudin Abdullah, 32, ketika menjawab pertanyaan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang ingin mengetahui sebab mendorong dia melakukan jenayah tersebut.

Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.

Dalam masa sama, tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pelayan kapal peranginan di sebuah pulau di negeri ini menjelaskan walaupun pendapatan bula-nannya mencecah RM3,000, namun sentiasa tidak mencukupi dek kerana ketagihan dadah melampau.

Terdahulu, Mohd Hishanudin, dari Rumah Pangsa, Kampung Kolam, Kuala Terengganu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin atas dakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan mengaku salah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa, Muhamad Ismail Al-Rashid Ramli, 18.

Tertuduh mengaku melakukan jenayah itu menggunakan sebilah pisau lipat dengan niat mangsa dapat menyerahkan RM20 di hadapan sebuah kedai kunci Jalan Masjid Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 3.15 petang, 13 Disember lalu.

Berikutan pengakuan salah tersebut dan mendengar rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, Zainal Abidin menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang pada awalnya kelihatan tenang menjawab soalan dikemukakan Zainal Abidin tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika Zainal Abidin meminta dia membayangkan masa depan anaknya sekiranya dia berterusan melakukan jenayah.


Sumber : Sinar Harian

Thursday, December 22, 2011

Keputusan PMR 2011

Hari ini keputusan Ujian Penilaian Menengah Rendah [PMR] telah diumumkan. Selepas jam 10.00 pagi, calon-calon PMR 2011 mula mendapatkan slip keputusan dari sekolah masing-masing. Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. Seramai 34,271 atau 7.77 peratus daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3,408 pelajar berbanding 2010.

Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang. Teruskan kecemerlang itu semasa SPM nanti. Bagi yang kurang cemerlang janganlah bersedih dan berputus asa kerana SPM masih ada 2 tahun lagi bagi membuktikan adik-adik memang cemerlang. Belajarlah dari pengalaman 3 tahun PMR untuk 2 tahun SPM akan datang. Kegagalan hari ini bukan kegagalan buat selama-lamanya. Kegagalan hari ini adalah kejayaan hari esok selagi tidak berputus asa, berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. =)

Sunday, December 11, 2011

Gambar Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

From : http://bulanpurnama89.blogspot.com
Photoshoot : Planetarium Negara

Orang ramai yang hadir

8.50 PM

9.15 PM

9.17 PM

9.21 PM

9:25 PM

10.07 PM

10.16 PM

10.38 PM

10.46 PM

10.53 PM

10.55 PM

11.02 PM

11.12 PM

11.34 PM

11.41 PM

11.51 PM

12.02 AM

12.10 AM

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh – 10 Disember 2011


Pada 10 Disember 2011 hari ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.


Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam. Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.


Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8) :-


Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30


Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.




Tuesday, December 06, 2011

Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah Dunia


Kemalangan paling mahal dalam sejarah dunia! Mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai selepas satu kemalangan berlaku di selatan Yamaguchi, Jepun.

Lapan buah Ferrari, tiga buah Mercedes-Benz, sebuah Lamborghini dan dua kenderaan lain terlibat dalam kemalangan tersebut ketika konvoi kereta mewah berkenaan dalam perjalanan menuju ke Hiroshima.

Menurut polis, kemalangan dipercayai berpunca dari salah seorang pemandu Ferrari yang cuba menukar lorong tetapi terlanggar pembahagi jalan.

"Ketika itu konvoi berkelajuan 140-160 km/j. Akibatnya kereta belakang melanggar Ferrari berkenaan."

Namun, tiada kecederaan serius dilaporkan tetapi lebuh raya itu terpaksa ditutup selama enam jam selepas kemalangan.

Laporan media Jepun menganggarkan nilai minimum kerosakan kereta yang terlibat adalah 300juta yen (RM12juta).

Pengajarannya - Jangan pandu laju sangat. Hati-hati di jalan raya =)

Monday, December 27, 2010

Ketika Hilangnya Jati Diri


Setelah menonton rancangan MHI TV3 (Malaysia Hari Ini) pagi tadi. Saya sangat terkejut melihat dokumentari Ustaz Amin di Moscow, Russia yang buat saya terfikir seketika apa yang berlaku anak muda mudi Melayu Islam kini di negara kita yang hilang jati diri yang mengikut budaya barat yang kurang baik. Tapi dalam kita tidak sedar anak muda mudi Russia kini menjadikan budaya melayu sebahagian hidup mereka. Ucapan Ustaz Amin yang paling saya tersentuh di hati apabila beliau di tanya di sana mengenai pandangan beliau mengenai muda mudi di sana. Beliau menjawab muda mudi sana kurang baik antaranya bercumbuan di tepi jalan. Kata-kata Ustaz Amin itu dibalas dengan mengatakan di Malaysia bertuah & baik disebabkan Islam yang buat kalian jadi baik & terjaga. Itu kata-kata orang bukan Islam mengenai Islam tapi bagaimana kita mengenai agama Islam kita sendiri?

Tepuk dada, tanyalah iman =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Posts