Ketika ini negara kita dikejutkan isu Nur Amalina Che Bakri yang merupakan pelajar cemerlang SPM 2004. Sama-sama dengan saya ketika itu namun keputusan saya tidaklah sehebat Nur Amalina yang mempunyai kelebihannya tersendiri dengan IQ tinggi dan cara belajarnya tersendiri yang tidak diketahui pelajar lain masa itu. Sejak keputusan SPM 2004 diumumkan, Nur Amalina merupakan sumber motivasi kebanyakkan anak muda ketika itu dan juga hari ini. Sehingga Nur Amalina dapat menulis bukunya sendiri dengan berkongsi tip-tip belajar dan kejayaan yang laris dijual masa itu. Selain itu, Nur Amalina juga menjadi contoh idola kepada motivator menyampaikan ceramah motivasinya kepada anak-anak muda.
Namun hari tidak selalu cerah, "ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tenghari". Mungkin itu ungkapan yang sesuai dengan apa yang berlaku pada hari ini. Tidak setiap masa akan manis, pasti pahit akan datang bertandang menguji diri tanpa diundang kerana ia fitrah kehidupan dan tidak akan dinamakan kehidupan tanpa ujian pahit dan manis bersilih ganti menguji setiap insan.
Bermula dengan pengbongkaran kisah terbaru Nur Amalina oleh blogger. Kemudian dinafikan oleh ibunya bahawa ia adalah fitnah kerana prestasi pelajaran Nur Amalina masih cemerlang seperti dulu cuma pakaian hanya berubah sehingga ibunya sendiri mengakui bahawa beliau yang membeli pakaian itu. Ketika negara kita kecoh kisah Nur Amalina, semalam Nur Amalina tampil menjawab segala persoalan dan tomohan rakyat Malaysia melalui video skype.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya sama ada tersurat mahupun tersirat yang perlu dijadikan ibrah (pengajaran) buat semua rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa. Kejayaan banyak 'A' dalam akademik tidak menjanjikan kecemerlangan yang abadi di dunia apatah lagi di akhirat. Sekiranya meninggalkan agama di belakang dan lebih mengutamakan dunia kerana mengikut trend zaman kini yang sememang menjauhkan kita dari agama.
Sedarlah hidup tanpa keberkatan dan keredhaanNya disebabkan mengabaikan ajaran agama walaupun cemerlang dalam akademik dan karier pasti hidup tidak akan tenang dan tiada barakah. Perjalanan hidup akan menjadi terumbang-ambing dan ada sahaja perkara yang tidak ok akan berlaku. Kembalilah kita kepada fitrah yang kita memang memerlukan agama dalam kehidupan untuk panduan menghadapi kehidupan zaman kini yang penuh ujian dan onak duri yang tidak mampu kita tempuhi tanpa Iman dan Taqwa. Kita semua adalah sama walaupun kita seorang yang hebat dalam pelajaran, kaya dan apa sahaja yang sangat diimpikan orang zaman kini. Hakikatnya kita sama sahaja yang membezakan kita di sisiNya hanyalah Iman dan Taqwa.
Buat semua rakyat Malaysia termasuklah diri saya ini. Berhentilah kita memburuk-burukkan dan menghina Nur Amalina lagi. Marilah sama-sama kita mendoakan Nur Amalina kembali ke pangkal jalan yang diredhaiNya. Semoga dia kembali seperti ketika dirinya dulu mengampai kejayaan SPM 2004. Kita dan Malaysia masih memerlukan Nur Amalina yang saya difahamkan bakal menerbitan buku yang akan digunakan pelajar perubatan dan pensyarah. Empat kajianya telah diterbitkan sebagai jurnal.
Kembalilah Nur Amalinaku. Allah swt Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat selagi hambaNya tidak mensyirikkannya. Kembalikanlah dunia asalmu pasti dunia akan kembali bangga dengan kehadiran dan kepulanganmu.











0 comments:
Post a Comment