Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, February 08, 2012

Cikgu Dalam Kehidupan Kita

Cikgu yang terbaik dalam kehidupan kita adalah pengalaman. Pengalaman hari semalam, hari ini dan hari esok mengajar kita erti kehidupan, mematangkan fikiran dan mendewasakan diri. Pengalaman begitu berharga dalam kehidupan. Tidak dapat dibeli dan ditukar ganti dengan wang ringgit. Tanpa pengalaman hari semalam kita tidak akan dapat maju pada hari ini dan esok dan juga tidak dapat menambah baik diri dari sebelum ini. Pengalaman adalah guru terbaik mematangkan diri.

Cikgu yang teristimewa dalam kehidupan kita adalah ibu bapa kerana mereka mengajar kita erti kehidupan sejak kita kecil lagi sampailah dewasa. Tanpa ibu bapa, tiadalah kita. Tanpa ibu bapa, siapalah kita di dunia ini. Setiap tunjuk ajar dan nasihat ibu bapa adalah nasihat insan yang terbaik dalam kehidupan kita kerana mereka telah mengalami dan matang mengharungi kehidupan ini yang penuh cabaran dan onak duri. Setiap nasihat dan tunjuk ajar ibu bapa adalah terbaik buat diri kita.

Cikgu yang terindah dalam kehidupan kita adalah tenaga pengajar yang telah mengajar kita sama ada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun pengajian tinggi. Mereka sanggup berkorban masa dan membanting tenaga empat kerat mereka demi menabur bakti dan ilmu buat diri kita agar kita menjadi insan yang berjaya pada suatu hari nanti. Dengan semua ini, kita terus maju ke hadapan dengan ilmu yang dibekalkan dan diamalkan dalam kehidupan.

Cikgu yang ternilai dalam kehidupan kita adalah orang-orang sekeliling. Melalui mereka kita akan belajar sesuatu yang tidak kita pelajari dalam kelas. Apa yang berlaku pada sekeliling kita boleh kita jadikan panduan dan pengajaran untuk kita menghadapi kehidupan ini dengan lebih baik. Jadikan apa yang berlaku di sekeliling tidak kita ulangi dalam kehidupan kita. Yang baik dijadikan panduan, yang tidak baik jadikan sempadan. Orang sekeliling adalah cermin kepada diri kita untuk menilai setiap kekurangan dan kelebihan diri kita.

Hargailah cikgu-cikgu dalam kehidupan kita ini selagi mereka masih ada di dunia yang sementara ini. Tanpa tunjuk ajar mereka selama ini secara tersurat mahupun tersirat, siapalah diri kita pada hari ini.

Tuesday, February 07, 2012

Di Sebalik Liku-Liku Kehidupan

Kerana aku seorang insan dan hamba. Pasti aku ditimpa ujian. Dikala aku bersedia atau tidak ujian tetap datang bertandang menguji diri. Ujian mengajar aku erti kehidupan. Bahawa kehidupan ini silih berganti suka dan duka. Ia dilengkapkan dengan corak air mata dan hampa. Itulah hakikat kehidupan mengajar aku erti sabar dan terus belajar senyum walaupun pahitnya ujian itu.

Ketika kehendakku tiada dalam genggaman. Aku menjadi insan matang. Mengenali kekurangan diri yang perlu aku akui siapa diriku. Mengajar aku mensyukuri setiap kekurangan dan kelebihan diriku. Terima dengan hati terbuka kelebihan insan lain. Kerana aku sedar setiap manusia ciptaan Sang Pencipta mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Kegagalan semalam telah menghancurkan hati dan impianku. Namun kegagalan itu mengajar aku bahawa setiap apa yang diimpikan tidak semua berada di tangan. Kerana aku sedar bahawa Sang Pencipta memberi apa yang perlu bagiku bukan apa yang aku mahu. Dia yang menciptakan aku maka Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku walaupun sesuatu sudah baik di mataku.

Ujian menyedarkan aku bahawa aku merancang dan masa yang sama Sang Pencipta juga merancang. Namun perancangan Sang Pencipta adalah yang terbaik buat setiap hambaNya. Setiap yang berlaku ada hikmahnya yang pasti ada kebaikannya sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Aku perlu muhasabah kembali setiap hikmahNya itu untuk aku tahu apa yang Sang Pencipta ingin sampaikan kepadaku.

Ujian dan dugaan itu adalah didikan terus daripada Sang Pencipta kepada hambaNya.

Thursday, February 02, 2012

Jadilah Diri Sendiri Yang Luar Biasa

Di usia remaja kita tercari-cari indentiti diri yang sesuai dengan diri kita. Bermacam ragam dan gaya akan dicuba sehinggalah jiwa kita selesa dengan indentiti itu. Di usia remajalah kita dapat lihat anak muda sangat bergaya berbanding mereka yang sudah dewasa yang sederhana gayanya. Dari situlah kita akan lihat pelbagai ragam manusia di sekeliling kita. Ada yang ikut budaya agama, ada yang ikut budaya timur dan tidak terlepas juga yang ikut gaya barat ala-ala Hollywood.

Mencari identiti yang sesuai dengan diri sangat penting supaya kehidupan kita menjadi terurus dan menampak kematangan diri. Namun dalam sedar atau tidak masih ramai manusia yang tidak menjadi dirinya sendiri dan lebih suka terikut-ikut diri orang lain. Itulah yang berlaku kepada orang sekeliling kita dan mungkin kita sendiri yang mengalaminya secara sedar atau tidak. Itu yang mesti kita muhasabah kembali adakah kita sedang menjadi diri sendiri atau orang lain dalam jiwa kita.

Jadilah diri sendiri dan janganlah menjadi orang lain. Ia akan membezakan kita dan orang lain. Ia menampakkan kematangan diri kita. Ia akan membuat orang suka atau rimas dengan kita. Setiap orang dikurniakan kelebihan dan kekurangan diri. Kenali kelebihan dan kekurangan diri. Kelebihan diri disyukuri, kekurangan diri diredhai. Setiap kelebihan diri perlulah ditajamkan agar ia semakin bersinar manakala kekurangan diri perlu diperbaiki sedikit demi sedikit agar ia menjadi kelebihan satu hari nanti. Ingatlah manusia itu tidak sempurna dan pasti ada kekuranagnya.

Sebagai contoh, dalam dunia penulisan dan blog, jadilah diri sendiri dan jangan ikut sepenuhnya gaya penulisan orang lain. Tidak salah jadi panduan tapi kita olah dengan gaya kita sendiri bukan menirunya sepenuhnya sehingga orang lain menyamakan kita dengan orang yang kita tiru itu. Ini menampakkan kita tidak ada identiti sendiri dan tiada keyakinan diri yang menyebabkan orang tidak yakin dan tidak senang dengan penulisan kita. Menjadi diri sendiri perlu setiap masa kerana setiap masa kita akan belajar sesuatu baru yang mematangkan diri. Pengalaman adalah guru yang terbaik mematangkan diri.

Jadikanlah kelebihan diri dengan memberi manfaatkan kepada orang lain bukannya menyusahkan orang lain. Jadikanlah ia bekalan kita di akhirat nanti. Orang yang memberi lebih bermakna dari orang menerima. Hidup ini sentiasa memberi sama ada kita suka atau tidak kerana ia rantai perjalanan kehidupan. Belajarlah ikhlaskan niat apa yang kita lakukan setiap hari hanya keranaNya bukan kerana manusia untuk berbangga dan menunjuk-nunjuk. Belajar dan terus belajar menjadi diri sendiri yang luar biasa yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.

Friday, December 30, 2011

7 Cara Menjadi Lebih Produktif Pada Tahun Hadapan

Di akhir tahun seperti ini tentu anda mula menenangkan pemikiran anda dengan mengingati kembali tugas serta pencapaian anda sepanjang tahun ini. Namun jika anda berfikir secara mendalam, sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tangguhkan berbanding apa yang kita capai.

Kita terpaksa akui, kadang-kala kita lalai dari fokus utama kita. Malah kita suka untuk lalai. Kita lebih suka lepak berbanding menyiapkan kertas kerja, lebih minat berehat di rumah berbanding ke pejabat, lebih suka berjumpa kawan berbanding pelanggan. Ada pula yang menghabiskan berjam-jam di inbox menunggu email seperti menunggu posman atau menghabiskan masa membaca status facebook rakan-rakan.

Berikut adalah 7 tips untuk menjadi lebih produktif:

1. Memecahkan Perkara Yang Ingin Dicapai Kepada Tugasan-tugasan Kecil

Jika anda ingin membuat website syarikat, anda kemudiannya menulis ayat "Bina Website Syarikat" di atas dinding tidak akan menjadikan website anda itu siap. Sebaliknya anda seharuskan memecahkan objektif itu tadi kepada tugasan-tugasan kecil seperti merangka kandungan website, mengiklankan tugasan membuat website, menyiapkan logo syarikat, mengambil gambar-gambar menarik untuk dimuatkan dalam website dan sebagainya. Dengan adanya tugasan-tugasan kecil ini, objektif yang ingin dicapai akan kelihatan lebih mudah dan mampu dicapai.

2. Hentikan Membuat Beberapa Kerja Dalam Satu Masa (Multi-tasking)

Ramai orang berbangga bahawa mereka mampu untuk 'multi-tasking' atau membuat beberapa kerja dalam satu masa. Namun anda sepatutnya menghentikan perkara ini. Apabila anda membuat beberapa kerja dalam satu masa, nilai IQ anda akan turun 15 mata bagi lelaki dan 5 mata bagi perempuan (lelaki adalah 3 kali lebih teruk dalam multitasking berbanding wanita). Jadi kerja yang dibuat adalah kurang berkualiti.

3. Buang atau Halang Perkara Yang Boleh Melalaikan

Apabila hendak menghabiskan sesuatu tugas, cuba tutup perkara lain yang boleh melalaikan. Contohnya, apabila anda sedang menyediakan 'sebut harga' kepada pelanggan anda, anda tidak seharusnya online di facebook pada masa yang saya. Kerja yang asalnya boleh disiapkan dalam 15 minit akan memakan masa 1 jam hasil dari perkara yang melalaikan. Cuba buat sepenuhnya satu kerja pada satu masa. Jika perlu tutup telefon dan television pada waktu anda sedang menghabiskan kerja.

4. Memeriksa dan membalas email

Elakkan melihat email setiap 5 minit. Sediakan masa 3 kali sehari untuk membaca dan membalas email.

5. Gunakan telefon

Email tidak seharusnya digunakan untuk berkomunikasi secara santai. Ia akan memakan masa yang lama. Anda boleh dengan mudah menelefon dan menghabiskan kerja yang sepatutnya ditanya dalam 5-10 email dalam masa 3 minit di telefon. Orang yang bercakap dengan anda juga, tidak ada pilihan untuk tidak menjawab soalan yang ditanya dengan terperinci.

6. Bekerja dengan Agenda dan Jadual tersendiri.

Jika anda ingat sewaktu di sekolah dahulu, semua kita mempunyai jadual. Jika tidak ada jadual, tidak mungkin cikgu mampu menghabiskan silibus setahun pengajaran tersebut. Samalah seperti dalam hidup kita kini, kita seharusnya mempunyai jadual ringkas untuk kita tidak rugikan masa. Jangan biarkan anda dalam keadaan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Rancang hari anda sehari atau seminggu sebelum itu.

Sunday, December 25, 2011

Tip Mengawal Tekanan

Tekanan merupakan perkara biasa yang selalu dialami oleh ramai orang. Tekanan yang dapat diuruskan dengan baik mampu menjadikan ianya sebagai motivasi dan kematangan, tetapi kalau ianya tidak diuruskan dengan baik boleh membinasakan kesihatan diri dan mental. Antara tip-tip mengawal tekanan :

1) Berzikir @ membaca Al-Quran.
2) Tidur.
3) Menikmati alam semulajadi.
4) Sentiasa bersyukur dan berterima kasih
5) Hampiri kawan yang berjenaka.
6) Mengingatkan diri / renungi diri.
7 ) Main sukan.
8) Tutup mata, tarik nafas dalam-dalam dan rehatkan otot.

Selamat mencuba. =)

Thursday, December 22, 2011

Keputusan PMR 2011

Hari ini keputusan Ujian Penilaian Menengah Rendah [PMR] telah diumumkan. Selepas jam 10.00 pagi, calon-calon PMR 2011 mula mendapatkan slip keputusan dari sekolah masing-masing. Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. Seramai 34,271 atau 7.77 peratus daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3,408 pelajar berbanding 2010.

Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang. Teruskan kecemerlang itu semasa SPM nanti. Bagi yang kurang cemerlang janganlah bersedih dan berputus asa kerana SPM masih ada 2 tahun lagi bagi membuktikan adik-adik memang cemerlang. Belajarlah dari pengalaman 3 tahun PMR untuk 2 tahun SPM akan datang. Kegagalan hari ini bukan kegagalan buat selama-lamanya. Kegagalan hari ini adalah kejayaan hari esok selagi tidak berputus asa, berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. =)

Wednesday, December 07, 2011

Semakin Bersedekah, Semakin Kaya

Ramai orang tidak menyedari keajaiban disebalik sedekah kerana sedekah menuntut keikhlasan & pengorbanan memberi duit sendiri. Tapi apabila orang tahu & sedar akan keajaiban sedekah pasti ramai akan bersedekah tanpa diminta. Antara keajaiban banyak bersedekah, insyaAllah penderma akan menjadi kaya. Kerana semakin bersedekah, semakin kaya.

Dalam keghairahan bersedekah, kita mestilah betulkan niat dengan bersedekah keranaNya bukan kerana mahu kaya & menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Biarlah tangan kanan memberi tapi dalam masa yang sama tangan kiri tidak mengetahuinya. Apabila niat kita betul insyaAllah kita akan dapat 2 in 1 iaitu pahala & kaya. Kerana setiap amalan itu bermula dengan niat.

Selamat beramal =)

Monday, January 03, 2011

Kenali Peribadi Diri

Kita mesti mengenali sifat peribadi diri kita sebenar untuk kita menerobos sempadan diri. Setiap orang dilahirkan dengan sifat semulajadi yang amat sempurna. Ramai orang tidak sedar bila semakin mendewasa, didikan, persekitaran, ilmu dan pengalaman yang kita dapat menyebabkan sifat kita sekarang tidak sempurna.

Ramai orang terperangkap dengan peribadi sekarang dan tidak nampak bagaimana hendak membentuk dan menjana semula peribadi cemerlang. Kita mesti ubah sifat peribadi diri kita sekarang yang tidak sempurna agar kita menjurus dan menuju yang lebih sempurna. Mudah-mudahan bila sampai saat kita meninggal dunia. Kita berada pada tahap diredhaiNya.

Sudahkah kita mengenali sifat peribadi kita? =)

Saturday, January 01, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Pejam celik, pejam celik. Sudah masuk tahun baru 2011. Terlalu cepat masa berlalu. Tahun 2010 kini sudah kita tinggalkan dan menjadi kenangan setiap orang. Sama ada pahit mahupun manis. Bila sebut tahun baru pasti perkara yang paling hangat dikatakan azam baru. Awal tahun semua orang jadi semangat kerana azam baru. Tapi sejauh mana azam itu dapat kekal dan dicapai. Semua itu bergantung kepada individu itu sendiri. Bagaimana dengan anda?

Azam berkait rapat dengan perubahan iaitu hijrah. Ramai orang terperangkap dengan isitilah hijrah. Kebanyakkannya beranggapan hijrah atau azam hanya dibuat bila masuk tahun baru. Sebenarnya hijrah perlu dilakukan pada setiap hari. Yang buruk kepada yang baik. Yang baik kepada lebih baik. Sebab manusia tidak dapat berubah secara mendadak. Ia perlu berubah mengikut langkah demi langkah.

Sebagai contoh, bayi yang baru lahir tidak akan dapat berjalan terus seperti orang dewasa. Tapi ia bermula dengan merangkak, bertatih dan baru dapat berjalan. Begitulah lumrah kehidupan. Begitu juga dengan kita. Untuk berubah kita perlu mengikut langkah demi langkahnya. Ramai orang tidak sedar akan disebalik hijrah. Ia terbahagi kepada dua. Dalaman dan luaran. Apa itu dalaman? Apa pulak luaran? Ia perlu perubahan seiringan. Dalaman dan luaran.

Dalaman adalah rohani iaitu hati dan jiwa. Ia perlu kuat dan mantap. Hati perlu bersih kerana hati tidak dapat menerima perkara yang baik bila hati dalam keadaan kotor atau banyak maksiat dan dosa. Rohani juga berkait rapat dengan amalan ibadah. Banyakkan amalan ibadah. Yang wajib jangan ditinggalkan. Yang sunat diperbanyakkan. Luaran pula berbentuk fizikal seperti pemakanan. Makanlah makanan yang halal lagi suci. Jangan lupa banyakkan berdoa.

Semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010. Bagi pelajar IPT dan sekolah. Selamat kembali belajar dan berjuang. Semoga apa yang kita azam dan impikan tercapai jua =)

Friday, December 31, 2010

Imbasan Tersirat Tahun 2010

Hari ini hari terakhir tahun 2010 & esok kita akan melangkah tahun baru 2011. Begitulah cepatnya masa berlalu yang tidak menunggu kita. Hargailah setiap saat masa yang diberikanNya kepada kita. Setiap tahun pasti banyak kenangan manis mahupun pahit yang telah kita tempuhi. Tanpa kita sedari pengalaman itulah mematangkan kita pada hari mendatang apabila kita menghadapi ujian dan cabaran seperti sebelum ini atau seakan-akan dengannya. Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk mematangkan insan dan buat insan lebih menghargai kehidupannya.

Persoalan yang perlu ditanya pada diri sendiri sejauh mana azam pada awal tahun telah kita laksanakan. Adakah azam itu dilaksanakan dengan baik atau hanya sekadar tinggal azam? Walaupun ia masih belum terlaksana dengan baik janganlah dibiarkan tapi teruskan agar ia terlaksana dengan baik walaupun tahun 2011. Tanya pada diri kita adakah tahun 2010 lebih baik daripada tahun 2009? Tepuk hati, tanyalah iman jangan tanya selera semata-mata kerana selera itu datang daripada nafsu yang mengandung 1001 kekeliruan hidup.

Kadang-kadang kita sibuk menjalani kehidupan ini tanpa kita menjaga hubungan kita dgn Pencipta kita. Apabila kita jaga hubungan kita dgnNya, insyaAllah hubungan kita sesama insan dan urusan kehidupan kita akan berjalan dengan baik. Selagi manusia bergelar manusia maka tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan sama ada kecil mahupun besar atau sengaja mahupun tidak disengaja.

Jadikanlah kesilapan itu untuk kita menjadi hamba yang soleh & bertaqwa =)

Sunday, December 26, 2010

Bentuk Matlamat Yang Jelas

Untuk mencapai sesuatu kejayaan yang kita impikan. Kita mestilah membentuk matlamat yang jelas. Bukan matlamat yang kabur. Kita hendaklah ada gambaran yang jelas dan tepat di dalam minda. Dimana gambaran itu bersifat bentuk seperti doa, tulis atas kertas dan sebagainya. Tulis atas kertas merupakan cara yang berkesan. Dimana bila kita lihat kita ingat, bila ingat kita naik semangat, bila naik semangat kita akan buat dan buatlah dengan cara yang berkat.

Apa yang kita tulis atas kertas perlu ditampar pada tempat yang mudah kita lihat selalu seperti dinding, almari dan lain-lain. Kata seorang 'saikologi' dimana semakin jelas gambaran dalam minda, semakin kuat pencapaian matlamat yang dicapai. Ini kerana gambaran dalam minda 10 kali lebih berpengaruh berbanding azam yang dibentuk.

Sudahkah kita bentuk matlamat yang jelas apa yang kita impikan? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Posts