Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Tuesday, December 06, 2011

Kemalangan Paling Mahal Dalam Sejarah Dunia


Kemalangan paling mahal dalam sejarah dunia! Mungkin itulah ungkapan yang paling sesuai selepas satu kemalangan berlaku di selatan Yamaguchi, Jepun.

Lapan buah Ferrari, tiga buah Mercedes-Benz, sebuah Lamborghini dan dua kenderaan lain terlibat dalam kemalangan tersebut ketika konvoi kereta mewah berkenaan dalam perjalanan menuju ke Hiroshima.

Menurut polis, kemalangan dipercayai berpunca dari salah seorang pemandu Ferrari yang cuba menukar lorong tetapi terlanggar pembahagi jalan.

"Ketika itu konvoi berkelajuan 140-160 km/j. Akibatnya kereta belakang melanggar Ferrari berkenaan."

Namun, tiada kecederaan serius dilaporkan tetapi lebuh raya itu terpaksa ditutup selama enam jam selepas kemalangan.

Laporan media Jepun menganggarkan nilai minimum kerosakan kereta yang terlibat adalah 300juta yen (RM12juta).

Pengajarannya - Jangan pandu laju sangat. Hati-hati di jalan raya =)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Posts