Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Friday, December 31, 2010

Imbasan Tersirat Tahun 2010

Hari ini hari terakhir tahun 2010 & esok kita akan melangkah tahun baru 2011. Begitulah cepatnya masa berlalu yang tidak menunggu kita. Hargailah setiap saat masa yang diberikanNya kepada kita. Setiap tahun pasti banyak kenangan manis mahupun pahit yang telah kita tempuhi. Tanpa kita sedari pengalaman itulah mematangkan kita pada hari mendatang apabila kita menghadapi ujian dan cabaran seperti sebelum ini atau seakan-akan dengannya. Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk mematangkan insan dan buat insan lebih menghargai kehidupannya.

Persoalan yang perlu ditanya pada diri sendiri sejauh mana azam pada awal tahun telah kita laksanakan. Adakah azam itu dilaksanakan dengan baik atau hanya sekadar tinggal azam? Walaupun ia masih belum terlaksana dengan baik janganlah dibiarkan tapi teruskan agar ia terlaksana dengan baik walaupun tahun 2011. Tanya pada diri kita adakah tahun 2010 lebih baik daripada tahun 2009? Tepuk hati, tanyalah iman jangan tanya selera semata-mata kerana selera itu datang daripada nafsu yang mengandung 1001 kekeliruan hidup.

Kadang-kadang kita sibuk menjalani kehidupan ini tanpa kita menjaga hubungan kita dgn Pencipta kita. Apabila kita jaga hubungan kita dgnNya, insyaAllah hubungan kita sesama insan dan urusan kehidupan kita akan berjalan dengan baik. Selagi manusia bergelar manusia maka tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan sama ada kecil mahupun besar atau sengaja mahupun tidak disengaja.

Jadikanlah kesilapan itu untuk kita menjadi hamba yang soleh & bertaqwa =)

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki

Alhamduillah dan tahniah buat pasukan negara "Harimau Malaya" menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 buat julung-julung kalinya setelah 14 tahun penantian walaupun permulaannya agak tempang. Inilah semangat juang yang sudah lama dinantikan rakyat Malaysia setelah prestasi bola sepak negara agak suram & merundum. Kini pasukan Malaysia boleh disengani di Asia Tenggara setelah menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.

Siapa sangka pasukan negara dibarisi pemain-pemain muda dapat menunjukkan prestasi baik dan sekaligus menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Kemungkinan strategi ini akan digunakan pasukan negara lain dengan meletakkan barisan permain muda. Inilah dikatakan pemuda tonggak sesuatu organisasi. InsyaAllah Liga Malaysia 2011 akan semakin rancak setelah pasukan negara "Harimau Malaya" menunjukkan peningkatan prestasi bola sepak negara.

Dimana ada kemahuan, di situ ada jalannya =)

Monday, December 27, 2010

Ketika Hilangnya Jati Diri


Setelah menonton rancangan MHI TV3 (Malaysia Hari Ini) pagi tadi. Saya sangat terkejut melihat dokumentari Ustaz Amin di Moscow, Russia yang buat saya terfikir seketika apa yang berlaku anak muda mudi Melayu Islam kini di negara kita yang hilang jati diri yang mengikut budaya barat yang kurang baik. Tapi dalam kita tidak sedar anak muda mudi Russia kini menjadikan budaya melayu sebahagian hidup mereka. Ucapan Ustaz Amin yang paling saya tersentuh di hati apabila beliau di tanya di sana mengenai pandangan beliau mengenai muda mudi di sana. Beliau menjawab muda mudi sana kurang baik antaranya bercumbuan di tepi jalan. Kata-kata Ustaz Amin itu dibalas dengan mengatakan di Malaysia bertuah & baik disebabkan Islam yang buat kalian jadi baik & terjaga. Itu kata-kata orang bukan Islam mengenai Islam tapi bagaimana kita mengenai agama Islam kita sendiri?

Tepuk dada, tanyalah iman =)

Sunday, December 26, 2010

Bentuk Matlamat Yang Jelas

Untuk mencapai sesuatu kejayaan yang kita impikan. Kita mestilah membentuk matlamat yang jelas. Bukan matlamat yang kabur. Kita hendaklah ada gambaran yang jelas dan tepat di dalam minda. Dimana gambaran itu bersifat bentuk seperti doa, tulis atas kertas dan sebagainya. Tulis atas kertas merupakan cara yang berkesan. Dimana bila kita lihat kita ingat, bila ingat kita naik semangat, bila naik semangat kita akan buat dan buatlah dengan cara yang berkat.

Apa yang kita tulis atas kertas perlu ditampar pada tempat yang mudah kita lihat selalu seperti dinding, almari dan lain-lain. Kata seorang 'saikologi' dimana semakin jelas gambaran dalam minda, semakin kuat pencapaian matlamat yang dicapai. Ini kerana gambaran dalam minda 10 kali lebih berpengaruh berbanding azam yang dibentuk.

Sudahkah kita bentuk matlamat yang jelas apa yang kita impikan? =)


Saturday, December 25, 2010

Senyum Selalu

Kita perlu banyak berikan senyuman kepada sesiapa sahaja. Ia dapat melembutkan hati orang lain. Senyumlah ketika pelanggan datang ke kedai kita, melihat atau membeli barangan dan semasa pelanggan keluar meninggalkan kedai kita. Pasti tidak lama lagi pelanggan tersebut akan datang kembali ke kedai kita kerana senang hati berurusan dengan kita.


Senyum bukan sahaja ketika kita bersemuka dengan orang. Malah ketika kita sedang cakap telefon pun kita boleh senyum. Kita boleh berikan senyuman kepada orang yang kita sedang bercakap. Walaupun dia tidak nampak kita senyum kepadanya tetapi dia boleh mendengar senyuman kita. Tetapi dalam dunia internet, kalau kita asyik senyum di depan komputer. Nanti orang cakap kita tidak sihat pulak.


Orang yang banyak senyum akan kelihatan awek muda. Ini kerana ia akan mengerakkan otot-otot di muka. Selain itu, orang yang sentiasa senyum dan ceria akan badan sihat, murah rezeki dan orang sayang. Senyumlah kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan darjat.


Senyumlah walau disaat hati kita menangis kerana senyumlah dapat membuatkan hari kelam kita menjadi ceria. Seceria senyuman yang terukir.


Senyum itukan satu sedekah. =)


Friday, December 24, 2010

Di Sini Bermula Sebuah Episod

Assalamualaikum & terima kasih buat semua insan yang sudi berkunjung ke blog saya ini yang baru siap dihasilkan. Moga kehadiran blog ini memberi manfaat & kebaikan buat kita semua. Walaupun kini facebook menjadi pilihan utama dalam dunia internet namun janganlah kita lupa fungsi blog sebelum ini yang menjadi pilihan utama seperti facebook. Situasi ini juga terkena kesannya kepada blogger lama yang kian lesu update post baru & lebih senang & mudah update status di facebook kerana tidak perlu berfikir ayat-ayat panjang & mengambil masa yang singkat.

Di sini bermula sebuah episod =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Posts