Hari ini hari terakhir tahun 2010 & esok kita akan melangkah tahun baru 2011. Begitulah cepatnya masa berlalu yang tidak menunggu kita. Hargailah setiap saat masa yang diberikanNya kepada kita. Setiap tahun pasti banyak kenangan manis mahupun pahit yang telah kita tempuhi. Tanpa kita sedari pengalaman itulah mematangkan kita pada hari mendatang apabila kita menghadapi ujian dan cabaran seperti sebelum ini atau seakan-akan dengannya. Pengalaman adalah guru yang terbaik untuk mematangkan insan dan buat insan lebih menghargai kehidupannya.Persoalan yang perlu ditanya pada diri sendiri sejauh mana azam pada awal tahun telah kita laksanakan. Adakah azam itu dilaksanakan dengan baik atau hanya sekadar tinggal azam? Walaupun ia masih belum terlaksana dengan baik janganlah dibiarkan tapi teruskan agar ia terlaksana dengan baik walaupun tahun 2011. Tanya pada diri kita adakah tahun 2010 lebih baik daripada tahun 2009? Tepuk hati, tanyalah iman jangan tanya selera semata-mata kerana selera itu datang daripada nafsu yang mengandung 1001 kekeliruan hidup.
Kadang-kadang kita sibuk menjalani kehidupan ini tanpa kita menjaga hubungan kita dgn Pencipta kita. Apabila kita jaga hubungan kita dgnNya, insyaAllah hubungan kita sesama insan dan urusan kehidupan kita akan berjalan dengan baik. Selagi manusia bergelar manusia maka tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan sama ada kecil mahupun besar atau sengaja mahupun tidak disengaja.

Jadikanlah kesilapan itu untuk kita menjadi hamba yang soleh & bertaqwa =)

0 comments:
Post a Comment