Pejam celik, pejam celik. Sudah masuk tahun baru 2011. Terlalu cepat masa berlalu. Tahun 2010 kini sudah kita tinggalkan dan menjadi kenangan setiap orang. Sama ada pahit mahupun manis. Bila sebut tahun baru pasti perkara yang paling hangat dikatakan azam baru. Awal tahun semua orang jadi semangat kerana azam baru. Tapi sejauh mana azam itu dapat kekal dan dicapai. Semua itu bergantung kepada individu itu sendiri. Bagaimana dengan anda?
Azam berkait rapat dengan perubahan iaitu hijrah. Ramai orang terperangkap dengan isitilah hijrah. Kebanyakkannya beranggapan hijrah atau azam hanya dibuat bila masuk tahun baru. Sebenarnya hijrah perlu dilakukan pada setiap hari. Yang buruk kepada yang baik. Yang baik kepada lebih baik. Sebab manusia tidak dapat berubah secara mendadak. Ia perlu berubah mengikut langkah demi langkah.
Sebagai contoh, bayi yang baru lahir tidak akan dapat berjalan terus seperti orang dewasa. Tapi ia bermula dengan merangkak, bertatih dan baru dapat berjalan. Begitulah lumrah kehidupan. Begitu juga dengan kita. Untuk berubah kita perlu mengikut langkah demi langkahnya. Ramai orang tidak sedar akan disebalik hijrah. Ia terbahagi kepada dua. Dalaman dan luaran. Apa itu dalaman? Apa pulak luaran? Ia perlu perubahan seiringan. Dalaman dan luaran.
Dalaman adalah rohani iaitu hati dan jiwa. Ia perlu kuat dan mantap. Hati perlu bersih kerana hati tidak dapat menerima perkara yang baik bila hati dalam keadaan kotor atau banyak maksiat dan dosa. Rohani juga berkait rapat dengan amalan ibadah. Banyakkan amalan ibadah. Yang wajib jangan ditinggalkan. Yang sunat diperbanyakkan. Luaran pula berbentuk fizikal seperti pemakanan. Makanlah makanan yang halal lagi suci. Jangan lupa banyakkan berdoa.
Semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun 2010. Bagi pelajar IPT dan sekolah. Selamat kembali belajar dan berjuang. Semoga apa yang kita azam dan impikan tercapai jua =)









0 comments:
Post a Comment