Ramai diantara kita kini mempunyai profile Facebook masing - masing. Tahukah anda, profile Facebook anda mudah diceroboh? Tujuan mereka menceroboh profile anda adalah untuk mendapatkan maklumat dan melihat gambar - gambar peribadi anda. Disini saya ingin berkongsi tips untuk mengelakkan akaun Facebook anda diceroboh akibat diserang virus dan SPAM. 1. Berfikir sebelum anda melakukan sesuatu. Virus di facebook sangat licik. Penggodam dan penjenayah siber yang mahukan maklumat anda sememangnya tahu bahawa pengguna Facebook selalunya akan klik pada post yang menarik tanpa berfikir panjang.
2. Cuba untuk mengelakkan Pautan dan video dengan kata-kata menarik seperti "hi,how are u," Hey, isn't u in this video?," atau "Cool, This is really cool." itu adalah perangkap untuk anda menekan pautan tersebut.
3. Periksa dahulu poster/gambar yang mencurigakan sebelum anda menekannya. Virus video Facebook juga cenderung untuk berada dalam 'News Feed' anda atau di wall anda daripada rakan-rakan anda yang tidak online pada ketika itu. Ia berkemungkinan rakan anda itu telah menjadi mangsa kepada virus di Facebook. Setelah klik pada pautan virus tersebut, mesej telah akan dihantar secara automatik kepada semua rakan-rakan mereka juga.
4 Elakkan daripada menekan sebarang link yang telah dipost oleh beberapa pengguna yang menyebarkan virus di kalangan rakan-rakan mereka dengan tanpa mereka sedari. Jika link yang bertajuk "Sexiest video ever" akan dapat dilihat oleh semua rakan-rakan anda. Link tersebut sememangnya sangat terkenal di Facebook iaitu Virus Koob Face.
5. Elakkan mengunakan ChatBox dan memberi maklumat peribadi anda di "IM" Chat, kerana virus tersebut akan merakam setiap butiran yang anda taip.
6. Update perisian AntiVirus anda dengan lebih kerap. Jika anda tidak sengaja menekan pada Post/Link sebelum menyedari ia adalah satu Virus, seterusnya elakkan dari menekan mana-mana link dari post selanjutnya. Jika anda tertekan, Virus KooBFacE dapat diremove sekiranya anda mempunyai program AntiVirus yang terkini.
7. Jangan gunakan e-mel dari yahoo mail untuk mendaftar di facebook, kerana email dari yahoo mudah di ceroboh. Elakkan menggunakan nama anda sebagai alamat email.
8. Email yang digunakan untuk mendaftar di facebook tidak boleh digunakan untuk menyimpan atau mendaftarkan akaun lain, terutama yang berkaitan dengan tujuan bussines seperti paypal, moneybookers, dan sebagainya.
9. Pada maklumat dalam profile, anda disarankan agar tidak memaparkan semua maklumat anda didalam profil anda. Sebagai contoh, Basic information, Personal Information, dan Contact Information, terutama sekali Email, IM Screen, dan Website.
10. Jangan tunjukkan alamat Email pada profile anda. Caranya: Pilih Settings dan kemudian klik Privacy Setting, kemudian pilih profile menu, dan pilih Contact Information, kemudian pada menu IM Screen Name dan Email Screen Name tukar kepada "Only Me".
11. Untuk password akaun yang disyorkan adalah bukan password Email yang sama, dan sekurang-kurangnya 10 aksara (numerik dan abjad angka). Contoh: bar0125jos. Jangan gunakan tarikh lahir anda sebagai password.
12. Website adalah cara ketiga oleh hacker untuk mencari alamat Email anda, kerana jika anda menyertakan alamat website peribadi seperti blogger dan wordpress kerana mereka boleh mencari alamat email anda di website tersebut. Oleh kerana itu, jangan masukkan alamat website peribadi anda di maklumat akaun facebook anda.
13. Dan yang paling penting hadkan orang yang boleh melihat maklumat dan gambar- gambar di profile anda. Jangan terima friends request dari orang-orang asing yang tidak dikenali atau mempunyai profile yang tidak lengkap dan mencurigakan.
14. Jangan download sebarang file dan mengisi borang dari link yang anda klik daripada Facebook.
0 comments:
Post a Comment