Subscribe:

Ads 468x60px

Pages

Friday, December 30, 2011

7 Cara Menjadi Lebih Produktif Pada Tahun Hadapan


Di akhir tahun seperti ini tentu anda mula menenangkan pemikiran anda dengan mengingati kembali tugas serta pencapaian anda sepanjang tahun ini. Namun jika anda berfikir secara mendalam, sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tangguhkan berbanding apa yang kita capai.

Kita terpaksa akui, kadang-kala kita lalai dari fokus utama kita. Malah kita suka untuk lalai. Kita lebih suka lepak berbanding menyiapkan kertas kerja, lebih minat berehat di rumah berbanding ke pejabat, lebih suka berjumpa kawan berbanding pelanggan. Ada pula yang menghabiskan berjam-jam di inbox menunggu email seperti menunggu posman atau menghabiskan masa membaca status facebook rakan-rakan.

Berikut adalah 7 tips untuk menjadi lebih produktif:

1. Memecahkan Perkara Yang Ingin Dicapai Kepada Tugasan-tugasan Kecil

Jika anda ingin membuat website syarikat, anda kemudiannya menulis ayat "Bina Website Syarikat" di atas dinding tidak akan menjadikan website anda itu siap. Sebaliknya anda seharuskan memecahkan objektif itu tadi kepada tugasan-tugasan kecil seperti merangka kandungan website, mengiklankan tugasan membuat website, menyiapkan logo syarikat, mengambil gambar-gambar menarik untuk dimuatkan dalam website dan sebagainya. Dengan adanya tugasan-tugasan kecil ini, objektif yang ingin dicapai akan kelihatan lebih mudah dan mampu dicapai.

2. Hentikan Membuat Beberapa Kerja Dalam Satu Masa (Multi-tasking)

Ramai orang berbangga bahawa mereka mampu untuk 'multi-tasking' atau membuat beberapa kerja dalam satu masa. Namun anda sepatutnya menghentikan perkara ini. Apabila anda membuat beberapa kerja dalam satu masa, nilai IQ anda akan turun 15 mata bagi lelaki dan 5 mata bagi perempuan (lelaki adalah 3 kali lebih teruk dalam multitasking berbanding wanita). Jadi kerja yang dibuat adalah kurang berkualiti.

3. Buang atau Halang Perkara Yang Boleh Melalaikan

Apabila hendak menghabiskan sesuatu tugas, cuba tutup perkara lain yang boleh melalaikan. Contohnya, apabila anda sedang menyediakan 'sebut harga' kepada pelanggan anda, anda tidak seharusnya online di facebook pada masa yang saya. Kerja yang asalnya boleh disiapkan dalam 15 minit akan memakan masa 1 jam hasil dari perkara yang melalaikan. Cuba buat sepenuhnya satu kerja pada satu masa. Jika perlu tutup telefon dan television pada waktu anda sedang menghabiskan kerja.

4. Memeriksa dan membalas email

Elakkan melihat email setiap 5 minit. Sediakan masa 3 kali sehari untuk membaca dan membalas email.

5. Gunakan telefon

Email tidak seharusnya digunakan untuk berkomunikasi secara santai. Ia akan memakan masa yang lama. Anda boleh dengan mudah menelefon dan menghabiskan kerja yang sepatutnya ditanya dalam 5-10 email dalam masa 3 minit di telefon. Orang yang bercakap dengan anda juga, tidak ada pilihan untuk tidak menjawab soalan yang ditanya dengan terperinci.

6. Bekerja dengan Agenda dan Jadual tersendiri.

Jika anda ingat sewaktu di sekolah dahulu, semua kita mempunyai jadual. Jika tidak ada jadual, tidak mungkin cikgu mampu menghabiskan silibus setahun pengajaran tersebut. Samalah seperti dalam hidup kita kini, kita seharusnya mempunyai jadual ringkas untuk kita tidak rugikan masa. Jangan biarkan anda dalam keadaan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Rancang hari anda sehari atau seminggu sebelum itu.

Di akhir tahun seperti ini tentu anda mula menenangkan pemikiran anda dengan mengingati kembali tugas serta pencapaian anda sepanjang tahun ini. Namun jika anda berfikir secara mendalam, sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tangguhkan berbanding apa yang kita capai.

Kita terpaksa akui, kadang-kala kita lalai dari fokus utama kita. Malah kita suka untuk lalai. Kita lebih suka lepak berbanding menyiapkan kertas kerja, lebih minat berehat di rumah berbanding ke pejabat, lebih suka berjumpa kawan berbanding pelanggan. Ada pula yang menghabiskan berjam-jam di inbox menunggu email seperti menunggu posman atau menghabiskan masa membaca status facebook rakan-rakan.

Berikut adalah 7 tips untuk menjadi lebih produktif:

1. Memecahkan Perkara Yang Ingin Dicapai Kepada Tugasan-tugasan Kecil

Jika anda ingin membuat website syarikat, anda kemudiannya menulis ayat "Bina Website Syarikat" di atas dinding tidak akan menjadikan website anda itu siap. Sebaliknya anda seharuskan memecahkan objektif itu tadi kepada tugasan-tugasan kecil seperti merangka kandungan website, mengiklankan tugasan membuat website, menyiapkan logo syarikat, mengambil gambar-gambar menarik untuk dimuatkan dalam website dan sebagainya. Dengan adanya tugasan-tugasan kecil ini, objektif yang ingin dicapai akan kelihatan lebih mudah dan mampu dicapai.

2. Hentikan Membuat Beberapa Kerja Dalam Satu Masa (Multi-tasking)

Ramai orang berbangga bahawa mereka mampu untuk 'multi-tasking' atau membuat beberapa kerja dalam satu masa. Namun anda sepatutnya menghentikan perkara ini. Apabila anda membuat beberapa kerja dalam satu masa, nilai IQ anda akan turun 15 mata bagi lelaki dan 5 mata bagi perempuan (lelaki adalah 3 kali lebih teruk dalam multitasking berbanding wanita). Jadi kerja yang dibuat adalah kurang berkualiti.

3. Buang atau Halang Perkara Yang Boleh Melalaikan

Apabila hendak menghabiskan sesuatu tugas, cuba tutup perkara lain yang boleh melalaikan. Contohnya, apabila anda sedang menyediakan 'sebut harga' kepada pelanggan anda, anda tidak seharusnya online di facebook pada masa yang saya. Kerja yang asalnya boleh disiapkan dalam 15 minit akan memakan masa 1 jam hasil dari perkara yang melalaikan. Cuba buat sepenuhnya satu kerja pada satu masa. Jika perlu tutup telefon dan television pada waktu anda sedang menghabiskan kerja.

4. Memeriksa dan membalas email

Elakkan melihat email setiap 5 minit. Sediakan masa 3 kali sehari untuk membaca dan membalas email.

5. Gunakan telefon

Email tidak seharusnya digunakan untuk berkomunikasi secara santai. Ia akan memakan masa yang lama. Anda boleh dengan mudah menelefon dan menghabiskan kerja yang sepatutnya ditanya dalam 5-10 email dalam masa 3 minit di telefon. Orang yang bercakap dengan anda juga, tidak ada pilihan untuk tidak menjawab soalan yang ditanya dengan terperinci.

6. Bekerja dengan Agenda dan Jadual tersendiri.

Jika anda ingat sewaktu di sekolah dahulu, semua kita mempunyai jadual. Jika tidak ada jadual, tidak mungkin cikgu mampu menghabiskan silibus setahun pengajaran tersebut. Samalah seperti dalam hidup kita kini, kita seharusnya mempunyai jadual ringkas untuk kita tidak rugikan masa. Jangan biarkan anda dalam keadaan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Rancang hari anda sehari atau seminggu sebelum itu.




Thursday, December 29, 2011

Memilih Calon : Antara Gedik Dan Realistik?

“Faiz nak cari calon yang macam mana?” Saya bertanya sambil menghirup kopi yang masih panas. Tika suasana sejuk begini, setiap hirupan dirasakan cukup nikmat. Tambahan pula berbicara isu-isu tentang Baitul Muslim yang memerlukan fokus yang tinggi.

"Faiz sebenarnya taklah memilih sangat, tapi abang Hisham tengoklah senarai ini, mudah-mudahan ada yang punya ciri sepertinya. Kalau tidak semua pun, saya amat berharap 2/3 darinya dapat dipenuhi, kerana saya ingin melahirkan generasi yang bakal menyambung perjuangan Solahuddin." Ujar Faiz dengan bersemangat sambil menghulurkan sekeping kertas berlipat kepada saya.

"Wah! Serius sungguh nampaknya!" Ujar saya, tetapi hanya di dalam hati.

Saya menyambut kertas yang dihulurkan dan kemudian membukanya perlahan-lahan. Berkerut-kerut dahi saya membacanya.

1. Berkulit putih.

2. Punya lesung pipit.

3. Bertudung labuh

4. Berkaca mata

5. Berasal dari Kelantan, kalau boleh dari jajahan Kota Bharu atau Pasir Mas sahaja (mak saya minta supaya menantunya boleh makan budu).

6. Berketurunan Melayu.

7. Muda dua tahun dari saya.

8. Pandai memasak.

9. Lemah lembut.

10. Punya sifat keibuan yang tinggi.

11. Pandai mengambil hati orang tua.

12. Menghafaz sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran.

13. Komited dalam dakwah.

14. Rajin bertahajjud.

15. Tidak lebih tinggi dari saya. Tinggi saya 1.63 cm sahaja.

16. Bertubuh sederhana, tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.

17. Aktif bersukan.

18. Ramah-tamah.

19. Pandai memandu kereta.

20. Jangan anak sulung atau bongsu.

21. Sanggup untuk berhari raya pertama di kampung saya di Pengkalan Chepa.

22. Tidak ada sakit yang kronik, terutamanya sakit kulit.

23. Boleh juga bekerja untuk menambah pendapatan keluarga.

24. Subur, kerana saya mahukan sekurang-kurangnya enam orang anak dalam keluarga seperti Dr. Z.

Saya membaca senarai itu dengan mata yang berpinar-pinar, terasa seperti mahu tersembur air kopi yang sedang dihirup. Subhanallah, di mana harus saya cari bidadari seperti ini untuk menjadi pasangan hidupnya.

Sedaya upaya saya cuba mengawal diri, menahan tawa dan mengelakkan dari raut wajah saya berubah untuk tidak mengecilkan hatinya. Perasaan terasa bercampur-baur antara lucu dan kasihan. Sungguh 'hebat' fantasi anak muda 'dakwah' ini dalam menentukan kriteria pemilihan pasangannya.

Saya menghabiskan kopi yang panas sebelum memulakan bicara. Ada sesuatu yang harus saya katakan padanya. Namun perlu berhalus agar tidak mengusik hatinya. Dalam berdepan isu begini, kadang-kadang ikhwah mudah terasa hati.

"Akhi, anta sekarang dah hafaz berapa juzuk?" Saya menukar sedikit topik perbualan.

"Errr...baru hafaz juz 30 dan 29, itupun masih ada yang tak berapa lancar." Jelasnya jujur sambil tersengih menampakkan susunan giginya yang tidak sama.

"Macamana dengan kriteria yang saya bagi tu Abang Hisham, agak-agak ada tak akhawat yang seperti itu?" Tanya Faiz. Namun sekali lagi saya tidak menjawab soalannya dan bertanya lagi.

"Akhi, malam tadi anta solat tahajjud dan khatam 1 juzu' bacaan al-Quran tak?"

"Tak pula, letih sangat, malam tadi habis mesyuarat lambat sangat. Insya-Allah malam ni kami ada program Qiam bersama mad'u junior. Insya-Allah malam ni kami akan Qiam."

Saya mendengar jawapannya dengan bersahaja, kemudian bertanya lagi.

"Akhi, semalam berapa kali anta solat berjemaah di masjid?"

"Kenapa abang Hisham tanya soalan-soalan ni? Bukankah kita sedang berbincang tentang Baitul Muslim? Apa kena mengenanya?" Balas Faiz dengan wajah yang sedikit berubah dan suara yang agak sedikit keras walaupun masih cuba dikawalnya.

Jika kulitnya putih mungkin telah berubah menjadi kemerah-merahan tanda tidak puas hati. Tetapi kulit sawo matang melayu Kelantan yang diwarisi menyebabkan hanya kerutan yang kelihatan sedikit di dahi.

Saya hanya tersenyum.

"Beginilah Faiz, apa yang Faiz tulis dalam kertas tu bagus, cuma ia terlalu bagus. Abang Hisham yakin, dalam zaman sekarang ini, sepuluh bahkan seratus tahun mencari pun belum tentu Faiz akan berjumpa dengan calon seperti yang diinginkan jika semua kriteria tersebut harus dipenuhi."

"Tidak ada eh?" balas Faiz penuh persoalan. Keningnya diangkat sedikit.

"Kalaupun ada, mungkin dia dah kahwin dengan juara Imam Muda musim kedua agaknya. Hahaa" Saya menjawab sambil ketawa kecil. Cuba menceriakan suasana. Dia juga kelihatan tersenyum.

"Abang Hisham tanya soalan-soalan tadi supaya Faiz tahu yang Faiz pun tak sempurna mana, jadi dalam mencari calon isteri ni, tak perlulah terlalu memilih itu dan ini, sebab kita pun bukan setaraf Imam Ghazali, dengan peserta Imam Muda yang terkeluar pada pusingan pertama pun belum tentu." Jelas saya dengan bersahaja sambil merenung tepat ke wajahnya dan memberikan senyuman yang manis.

"Habis tu, bagaimana Abang Hisham?" Tanya Faiz, wajahnya kelihatan penuh ingin tahu.

"Beginilah, ...."

"Abang Hisham akan cuba tanyakan pada isteri, kalau-kalau ada calon yang sesuai. Insya-Allah, kami akan cari calon yang terbaik untuk Faiz, tapi bukan yang sempurna. Kami akan cuba tengok kalau-kalau kriteria tersebut boleh dipenuhi, tapi untuk memenuhi 1/3 darinya pun hampir mustahil."

"Anta kena ingat akhi, walaupun berada dalam sistem tarbiah dan usrah, tetapi akhawat itu tetap manusia dan tetap seorang wanita." Saya menjelaskan.

"Ada yang rupanya cantik, tapi pengamalan agamanya mungkin agak kurang."

"Ada pula yang rupanya agak sederhana dan hafazannya cuma satu juz sahaja tapi komitmen dakwahnya baik.

"Lemah-lembutnya mungkinlah tidak selembut Asyiela Putri pelakon Upin Ipin tu, tapi tidaklah pula sekeras dan se 'brutal' Kak Ros. Haha" saya menjelaskan lagi sambil tertawa. Kemudian saya menyambung bicara.

"Tentang memasak, usah dirisaukan, asalkan dia punya keinginan untuk belajar, Insya-Allah beres semuanya. Kalau nak cari yang makan budu, orang Kelantan pun tak ramai yang makan budu. Isteri ana orang Pahang, tapi hantu budu juga. Dulu ana tak makan tempoyak, tapi lepas kahwin dengan orang Pahang, ana jadi hantu tempoyak."

"Kemudian, tentang kesihatan, orang perempuan ni, ada masa dia sihat dan ada juga masa dia akan sakit, terutamanya bila mengandung."

"Tentang menghormati orang tua dan sifat-sifat mahmudah yang lain, perkara itu boleh ditarbiah dan sebahagian dari tanggungjawab suami setelah berkahwin adalah untuk membimbing isterinya dengan sifat-sifat mulia, bukan mengharapkan cinta dari bidadari syurga yang serba sempurna." Panjang saya 'mengomel'.

"Tak mengapa Faiz, nanti abang Hisham akan carikan calon yang terbaik untuk Faiz dan semestinya kriteria yang akan abang Hisham cari adalah yang paling baik agamanya."

"Banyakkanlah berdoa agar kita dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, bukan yang tercantik dan bukan yang sempurna segalanya dan lupa juga meminta agar Allah memudahkan segala urusan untuk membina masjid ini. Ok, Faiz?" Saya menepuk bahunya dengan mesra. Anak muda sepertinya banyak perlukan bimbingan. Bukan leteran yang akan menghancurkan perasaan.

Perbualan di atas mungkin hanya rekaan, tetapi ia adalah hasil dari pengalaman saya dan rakan-rakan dalam mengendalikan urusan Baitul Muslim para pemuda-pemudi dalam dan luar negara selama beberapa tahun.

Ia kisah benar yang saya rangkumkan dalam satu perbualan. Mungkin agak ideal, tetapi itu sebahagian dari realiti ikhwah ketika mencari calon pasangan.

Dalam urusan memilih calon, harus diingat bahawa kita memilih calon di kalangan manusia, bukan Malaikat atau bidadari syurga.

Apabila pasangan itu namanya manusia, maka akan wujudlah kekurangan di sana dan di sini. Cuma satu pesanan yang ingin saya titipkan buat anak muda, pilihlah calon yang baik pengamalan dan penghayatan agamanya, Insya-Allah, rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih sayang dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Boleh sahaja kita memilih calon yang senegeri, yang sedap dipandang mata, punya sifat keibuan yang tinggi, pandai memasak dan sebagainya, tetapi harus diingat, bahawa kriteria pertama yang harus dilihat adalah bagaimana penghayatan agamanya, dan sejauh mana dia mengiltizamkan diri untuk membaiki diri menjadi manusia yang lebih baik.

Jika penghayatan agamanya baik, maka berlapang dadalah sedikit jika calonnya dari negeri seberang atau selang dua buah negeri atau mungkin rupanya tidak secantik dan secomel Mia Sara.

Tidak ada perkara yang tidak boleh dirunding dengan ibu bapa. Mereka hanya mahu yang terbaik untuk kita, rundinglah dengan baik dan penuh hikmah, Insya-Allah, jalan keluarnya pasti ada jika kita ikhlas ingin membina rumahtangga. Tidak ada ibu bapa yang inginkan kesengsaraan anak-anaknya.

Tentang kecantikan pula, jika calon yang dipilih adalah kerana kecantikan wajahnya, maka ketahuilah bahawa selepas berkahwin, wajah yang cantik akan menjadi biasa selepas hari-hari dipandang mata dan syaitan akan menghias wanita-wanita lain yang bukan mahram agar kelihatan lebih cantik di pandangan mata kita.

Akhirnya, yang kekal hanyalah akhlak dan pekerti yang mulia, juga keazaman untuk melahirkan dan membangunkan anak-anak singa pewaris Imaduddin, Nuruddin Zinki dan Solahuddin Al Ayyubi.

Usah terlalu gedik dalam memilih calon, tetapi biarlah realistik.

Akhir sekali, apa yang paling penting adalah bermesyuaratlah dengan ibu bapa dan orang-orang baik yang dipercayai dan berpengalaman.

Jangan lupa untuk beristikharah selepasnya agar segala keputusan mendapat panduan dari langit yang tertinggi. Insya-Allah.


Sumber : http://www.iluvislam.com/


Temui Jawapanmu Pada Sebuah Istikharah Bukan Sekadar Cinta


Memang, rasa suka dan cinta itu membantu dalam proses khitbah dan ber-baitul Muslim.

Malah, penting juga pada setengah keadaan, dalam keadaan terkawal, dipanjangkan proses taaruf, agar ada rasa kecendurangan dan suka pada yang mahu dinikahi.Malah, ada seorang ikhwah pernah mengatakan,''Pentingnya cinta itu lebih diutamakan daripada se'kufu'an dari sudut fikrah dan dakwah!''

Astaghfirullah.

Memang kita boleh memilih jalan hidup kita.Dan tentunya, apa sahaja jalan yang kita pilih, tentu akan berhadapan dengan ranjau serta durinya.Kerana ujian itu sahajalah tempat Allah menguji iman kita, dan tempat dia mengatakan kepada kita:'I love you my servant!'

Alangkah indahnya, di saat kita memilih salah satu jalan itu, kita memilihnya kerana Allah?Walaupun mungkin di sudut hati kita, ada kecenderungan mahupun kecintaan pada sesuatu yang lain.Dan tidak sedikit orang yang terkelabui malah tertutup hatinya di saat memilih pasangan hidup, akibat penangan cinta.

Lantas, pada istikharahnya sendiri, sudah memiliki kecenderungan pada yang dicintai.Kerana itu, aku amat memahami mengapa murabbi ku mendidikku untuk berkahwin dengan dakwah sebelum dengan ikhwah.Bukan kerana dia syadid, ataupun owh-mai-gowd macam malaikat, tapi kerana dia mahu mengajarkan aku sesuatu yang amat penting dalam hidupku;'No matter what happen to you in this life, jangan tinggalkan dakwah! Dan kembalikan hidupmu pada dakwah di saat penyelewangan mula berlaku.'

Bila kita memilih Allah dalam setiap perkara, di situ kita akan mengarahkan seluruh kehidupan untuk Dia. Malah menarik semua manusia yang berada dalam radar graviti kita, ke arah Dia. Dan tentu ini tidak mudah sama sekali.Malahan, setelah berkahwin, kita akan memastikan radar baitul muslim kita akan berpaksi dan kembali kepada Allah.Bukan sekadar pada sebuah cinta semata-mata.

Aku tahu kamu sedang mengalami dilema ini maka istikharahlah dengan sebenarnya.Aku katakan pada kamu dengan penuh kecintaan, istikharahlah.Istikharahlah!Dengan sekhusyuk dan sejujur hatimu supaya Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat kamu dan supaya apa sahaja yang Allah takdirkan buat kamu, samada sukar mahupun senang, Allah akan bantu seluruh kehidupan kamu dan dakwahmu, dalam keadaan apa sekalipun.

Kerana Allah telah menyelamatkan diriku pada sebuah istikharah.Dan,setelah beristikharah dengan ramainya manusia.Sehinggalah aku amat bersyukur pada Allah, di saat Dia membukakan pada kami, tentang satu kisah dahulu yang sebenar. Walaupun pada satu detik, sebagai manusia biasa, aku serba salah dalam menolaknya.

Namun, Allah telah menyelamatkan aku, sehingga kebenaran terpamer pada dunia. Dan tentu aku amat bersyukur pada Allah, kerana dia membantu aku memilih Dia sebelum cinta, dan akhirnya cinta itu datang dengan sendirinya setelah Dia.

Di saat kamu benar-benar berpegang pada Allah, kamu kira Allah akan melepaskan tangan kamu?


Sumber : http://www.iluvislam.com/


Pintu Kebahagian


"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita."


Wednesday, December 28, 2011

Seindah Mawar Berduri

Dia seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut & cinta pada Illahi disebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti. Dia mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Illahi. Cinta yang kudus & suci. Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau & duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman. Dialah Seindah Mawar Berduri! =)




Ikut Selera Tekak Punca Kanser

Beberapa jenis makanan tertentu yang diambil, pada masa sama meminggirkan makanan dengan nilai nutrien tinggi yang diamalkan secara berpanjangan dipercayai adalah faktor utama mengapa semakin ramai didiagnosis menghidap kanser dalam kalangan kanak-kanak hingga ke peringkat usia emas.

Hari ini semakin ramai orang dikatakan makan ikut selera tekak sahaja. Mereka lebih menggemari makan makanan terproses dan segera berbanding makanan yang tinggi nilai nutrien. Sesetengahnya, makan ayam goreng hampir setiap kali makan, dan beri alasan ikan mahal.

Ramai juga tidak makan sayur-sayuran disebabkan rasanya tidak menyelerakan. Begitu juga dengan makanan diperam seperti tempoyak, budu dan jeruk buah-buahan asli kerana rasanya tidak menyenangkan.
Seorang kanak-kanak lelaki didiagnosis menghidap sejenis kanser otak ketika berusia lapan tahun. Dia boleh dikatakan tidak menyentuh nasi sepanjang hidupnya dan banyak mengambil makanan merapu yang terdiri daripada makanan terproses di rumah mahupun di sekolah.


Kanser organ reproduktif

Anda bayangkan bagaimana seorang remaja perempuan berumur 19 tahun yang belum berkahwin boleh menghidapi kanser payudara. Penulis berpendapat remaja tersebut menghidapi kanser payudara berpunca daripada jenis makanan yang diambil sejak sekian lama. Dia juga kurang makan nasi. Sebaliknya sering makan ayam goreng dan makanan segera lain seperti hotdog dan burger.

Remaja itu mudah mendapatkan makanan tersebut kerana ibunya penjaja makanan ringan di pasar malam. Pada masa sama, rakan sebaya remaja tersebut juga mengalami sis ovari. Sis ovari bukanlah sejenis kanser tetapi ia merupakan ketumbuhan atau tumor ovari.

Apakah kaitan kurang atau tidak makan nasi dengan pembentukan kanser? Makan nasi yang penulis maksudkan ialah nasi berlaukkan makanan yang tinggi zat seperti ikan dan sayur. Jenis lauk-pauk juga berbeza-beza dari satu hari ke hari yang lain. Makanan daripada jenis dan penyediaan secara tradisi adalah paling baik seperti masakan yang direbus atau digoreng dengan pantas.

Ini bertujuan mengurangkan kehilangan/kemusnahan gizi atau nilai nutrien sama ada nutrien makro atau mikro. Lauk-pauk tidak sepatutnya sering kali dalam bentuk makanan gorengan secara terendam lama seperti ayam goreng dan nuget. Air terbaik mengiringi makanan ialah air mineral atau orang dulu-dulu minum air masak yang ditimba dari telaga. Jus buah-buahan tanpa gula atau teh herba juga sesuai.

Terdapat teori popular di kalangan golongan perubatan moden iaitu mereka mengaitkan pembentukan sis/ketumbuhan atau kanser organ reproduktif dengan paras estrogen tinggi. Penulis pula mengikut pendapat yang menyatakan ia berpunca dari ketidakseimbangan hormon reproduktif iaitu antara estrogen dan progesteron.

Pada keadaan normal hormon progesteron yang bersifat merencatkan pembahagian sel organ reproduktif sentiasa mengimbangi hormon estrogen yang bersifat merangsang pembahagian sel organ reproduktif. Hati tidak berfungsi secara berkesan berpunca daripada pelbagai faktor dipercayai kurang berkesan dalam memusnahkan estrogen. Ini dipercayai punca ketidakseimbangan estrogen-progesteron.


Hati organ penting

Salah satu punca mengapa fungsi hati terganggu ialah sering makan makanan terproses dan pada masa sama kurang atau langsung tidak makan sayur-sayuran. Sayur-sayuran bantu lancarkan fungsi hati termasuk bantu hati menjalankan detoks dengan sempurna.

Punca lain adalah sering mengalami gangguan emosi secara berpanjangan termasuk murung, risau dan sedih. Untuk pengetahuan anda, karakter terlalu agresif, mudah meradang atau sifat kurang sabar boleh mengganggu fungsi hati. Fungsi hati semakin terganggu jika seseorang masih mengalami gangguan emosi seperti disebutkan di atas dan mengamalkan karakter-karakter tersebut secara berterusan.

Sindrom premenstuasi yang teruk termasuk gejala seperti haid tidak lancar ialah tanda fungsi hati terganggu. Perubatan moden tidak mengetahui kaitan antara hati dan fungsi sistem reproduktif. Namun ia telah diketahui dan diamalkan oleh sistem perubatan tradisional China (SPTC) sejak beribu tahun dahulu.

Menurut SPTC, meridian (saliran chi) hati berpunca dari hati. Ia turun ke bawah dan meliputi organ reproduktif termasuk kemaluan. Meridian ini seterusnya turun dari kawasan kemaluan dari bahagian sebelah dalam pangkal peha menghala ke arah bawah.

Antara herba yang boleh meredakan kesesakan meridian hati dan seterusnya PMS ialah Dong Quai (Tang Kwei) jintan manis dan halba dan herba pahit. Pucuk betik dan ulam raja ialah antara ulam yang sesuai. Semua orang tahu sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas.

Paras radikal bebas yang tinggi dan tidak terkawal dikatakan punca kepada mutasi sel. Sel yang bermutasi secara tidak terkawal akhirnya membentuk sel kanser. Makanan terproses mengandungi paras nutrien yang amat rendah. Tambahan pula kebanyakan makanan terproses membekal bahan karsinogen seperti perisa dan warna tiruan. Paras gula tinggi pula mengganggu fungsi sistem kekebalan terutama sel pembunuh T (T killer cell).
Ekspresi gen

Makanan gorengan dikatakan boleh menyebabkan kerosakan membran dan komponen sel termasuk DNA. Karbohidrat, protein dan lemak yang dipanaskan terutama pada suhu tinggi seperti dipanggang hingga hangus atau digoreng secara terendam lama membentuk bahan karsinogenik.

Kegilaan kanak-kanak dan remaja makan kentang goreng sebenarnya juga menempah maut. Mengapa? Kentang goreng biasanya disalut dengan lemak terhirogenasi. Lemak terhidrogenasi termasuk marjerin sayur-sayuran dipercayai tidak sesuai untuk tubuh.


Epigenetik

Kekerapan mengambil minyak sayuran cair kategori omega 6 seperti minyak bunga matahari, safflower, jagung atau kacang soya dan lemak terhidogenasi yang diperbuat darinya dipercayai akan melemahkan struktur membran sel. Kandungan lemak trans (walau pun pada kuantiti amat rendah) dalam lelemak terhidrogenasi dipercayai melemahkan lagi struktur membran sel. Stuktur membran sel yang tidak teratur dipercayai antara lain mengganggu komunikasi antara sel dan mengubah ekspresi gen.

Ekspresi gen yang berubah menyebabkan gangguan kepada pelbagai fungsi organ sistem. Perubahan ekspresi gen yang berlaku akibat perubahan persekitaran biokimia membran sel tanpa mengubah susunan DNA ini dikenali sebagai epigenetik. Jadi, mengurangkan dan seterusnya mengelakkan makanan yang dipercayai menjadi punca pembentukan kanser ialah suatu usaha permulaan yang baik.

Makanan terproses dan kurang makan makanan kaya antioksidan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dikatakan menyebabkan tubuh kita mudah ‘berasid’. Tanda-tanda tubuh berasid banyak termasuk sering demam, batuk, sakit kepala, artritis, sakit gusi, sakit gigi dan serangan jantung. Makanan yang atau bersifat panas seperti daging, ayam dan makanan gorengan secara terendam lama menjadi hidangan utama hari ini. Pelopor teori keasidan-kealkalian tubuh mengklasifikasikan makanan tersebut sebagai makanan berasid.

Makanan terproses dan kurang makan makanan kaya antioksidan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dikatakan menyebabkan tubuh kita mudah ‘berasid’. Tanda-tanda tubuh berasid banyak termasuk sering demam, batuk, sakit kepala, artritis, sakit gusi, sakit gigi dan serangan jantung. Makanan yang atau bersifat panas seperti daging, ayam dan makanan gorengan secara terendam lama menjadi hidangan utama hari ini. Pelopor teori keasidan-kealkalian tubuh mengklasifikasikan makanan tersebut sebagai makanan berasid.






Monday, December 26, 2011

Kenapa Membeli-Belah Secara Online Menjadi Pilihan Masa Kini?


1) Kita sering tidak berkesempatan untuk keluar membeli-belah di bazar-bazar atau pasaraya disebabkan kesuntukan masa dan tidak perlu bersusah payah bersesak dalam traffic jam.

2) Anda tidak perlu menanggung kos pengangkutan, kos penggunaan petrol, bayaran tol, tambang, bayaran parking, dan lain-lain fee untuk membeli belah. Kos tambahan yang mungkin perlu anda tanggung hanyalah belanja penghantaran/pos sahaja.

3) Anda akan mendapat produk berkualiti pada harga yang berpatutan. Anda tidak perlu membayar harga untuk sewaan kedai, kos elektrik, pendingin hawa, gaji pekerja dalam harga produk yang anda beli. Anda juga masih berpeluang untuk berunding tentang harga menggunakan email atau YM.

4) Dengan kemudahan membeli belah secara online, anda tidak perlu menunggu hujung minggu atau mengambil cuti utk keluar membeli-belah.

5) Anda boleh membuat pilihan dan membeli-belah semasa berada di pejabat atau dari rumah anda sendiri tanpa mengira waktu.

6) Anda boleh membuat pembayaran pantas secara online dengan menggunakan Maybank2u, Cimbclick, Paypal dan sebagainya.

7) Harga diskaun yang ditawarkan menakjubkan. Selalunya syarikat penerbangan memberi potongan sehingga 20% jika anda memberi secara online.

Pesanan : Namun berhati-hati membeli-belah secara online, cuma beli dengan mereka yang anda pasti mereka betul-betul wujud dan jujur! =)



Sunday, December 25, 2011

Jangan Ambil Mudah Fatwa Merokok Adalah Haram

PUTRAJAYA : Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha.

Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.

Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.

Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah:

1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.


Sumber : Harian Metro

Tip Mengawal Tekanan

Tekanan merupakan perkara biasa yang selalu dialami oleh ramai orang. Tekanan yang dapat diuruskan dengan baik mampu menjadikan ianya sebagai motivasi dan kematangan, tetapi kalau ianya tidak diuruskan dengan baik boleh membinasakan kesihatan diri dan mental. Antara tip-tip mengawal tekanan :

1) Berzikir @ membaca Al-Quran.
2) Tidur.
3) Menikmati alam semulajadi.
4) Sentiasa bersyukur dan berterima kasih
5) Hampiri kawan yang berjenaka.
6) Mengingatkan diri / renungi diri.
7 ) Main sukan.
8) Tutup mata, tarik nafas dalam-dalam dan rehatkan otot.

Selamat mencuba. =)

Saturday, December 24, 2011

Antara Dua Darjat Hukuman Penjara

Ini kisah benar berlaku pada minggu ini yang buat saya sungguh terkejut apabila mengetahui dan membacanya sendiri 2 kes hukuman penjara yang dijatuhkan mahkamah yang tidak adil pada akal yang waras dan sihat. Seolah-olah hukuman penjara ditentukan darjat seseorang bukan atas kesalahannya. Ini menandakan ada yang tidak kena dalam institusi mahkamah. Kesalahan kes pertama yang melibatkan duit berjuta-juta tapi hukumannya hanya 1 tahun (12 bulan) tapi kesalahan kes kedua yang hanya melibatkan duit RM20 kerana terdesak membeli susu anak akhirnya dikenakan hukuman 3 tahun (36 bulan). Kesimpulannya, semakin berpengaruh seseorang itu, semakin kurang hukuman kesalahannya.


Kes Pertama

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau akan membuat satu pengumuman pada 9 Januari depan.

Ditanya sama ada pengumuman tersebut berkaitan masa depan politiknya, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Apa pun, sama ada pengumuman mengenai karier politik atau sebaliknya tunggu 9 Januari,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Khir didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan - tuduhan rasuah yang lebih ringan, berbanding tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah dan akta baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Khir berdepan kemungkinan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jika denda itu melebihi RM2,000, Khir boleh hilang kelayakannya sebagai Adun dan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Ketika ditemui di luar mahkamah sebaik sahaja didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi atas tuduhan mendapatkan untuk beliau dan isterinya dua lot tanah dan sebuah bang­lo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta, empat tahun lalu, Khir berkata, beliau akan akan berjuang untuk membersihkan nama baiknya.

Mohamad Khir berkata, hukuman ini bukan keputusan akhir kerana beliau masih boleh merayu.

“Saya akan buat rayuan di mahkamah. Rayuan akan difailkan oleh peguam saya petang ini,” katanya.

Menurutnya, kesalahan itu adalah kes pertama di negara ini.

Mohamad Khir hadir ke mahkamah ditemani isterinya, Zahrah Kecik.



Kes Kedua

KUALA TERENGGANU - “Saya langsung tidak ada niat hendak menyamun mangsa tetapi saya benar-benar dalam situasi terdesak memerlukan wang untuk membeli susu kepada anak kembar yang baru berusia setahun,” demikian jelas tertuduh, Mohd Hishanudin Abdullah, 32, ketika menjawab pertanyaan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang ingin mengetahui sebab mendorong dia melakukan jenayah tersebut.

Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.

Dalam masa sama, tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pelayan kapal peranginan di sebuah pulau di negeri ini menjelaskan walaupun pendapatan bula-nannya mencecah RM3,000, namun sentiasa tidak mencukupi dek kerana ketagihan dadah melampau.

Terdahulu, Mohd Hishanudin, dari Rumah Pangsa, Kampung Kolam, Kuala Terengganu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin atas dakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan mengaku salah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa, Muhamad Ismail Al-Rashid Ramli, 18.

Tertuduh mengaku melakukan jenayah itu menggunakan sebilah pisau lipat dengan niat mangsa dapat menyerahkan RM20 di hadapan sebuah kedai kunci Jalan Masjid Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 3.15 petang, 13 Disember lalu.

Berikutan pengakuan salah tersebut dan mendengar rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, Zainal Abidin menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap.

Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang pada awalnya kelihatan tenang menjawab soalan dikemukakan Zainal Abidin tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika Zainal Abidin meminta dia membayangkan masa depan anaknya sekiranya dia berterusan melakukan jenayah.


Sumber : Sinar Harian

Friday, December 23, 2011

14 Tip Mengelak Akaun Facebook Di Hack

Ramai diantara kita kini mempunyai profile Facebook masing - masing. Tahukah anda, profile Facebook anda mudah diceroboh? Tujuan mereka menceroboh profile anda adalah untuk mendapatkan maklumat dan melihat gambar - gambar peribadi anda. Disini saya ingin berkongsi tips untuk mengelakkan akaun Facebook anda diceroboh akibat diserang virus dan SPAM.

1. Berfikir sebelum anda melakukan sesuatu. Virus di facebook sangat licik. Penggodam dan penjenayah siber yang mahukan maklumat anda sememangnya tahu bahawa pengguna Facebook selalunya akan klik pada post yang menarik tanpa berfikir panjang.

2. Cuba untuk mengelakkan Pautan dan video dengan kata-kata menarik seperti "hi,how are u," Hey, isn't u in this video?," atau "Cool, This is really cool." itu adalah perangkap untuk anda menekan pautan tersebut.

3. Periksa dahulu poster/gambar yang mencurigakan sebelum anda menekannya. Virus video Facebook juga cenderung untuk berada dalam 'News Feed' anda atau di wall anda daripada rakan-rakan anda yang tidak online pada ketika itu. Ia berkemungkinan rakan anda itu telah menjadi mangsa kepada virus di Facebook. Setelah klik pada pautan virus tersebut, mesej telah akan dihantar secara automatik kepada semua rakan-rakan mereka juga.

4 Elakkan daripada menekan sebarang link yang telah dipost oleh beberapa pengguna yang menyebarkan virus di kalangan rakan-rakan mereka dengan tanpa mereka sedari. Jika link yang bertajuk "Sexiest video ever" akan dapat dilihat oleh semua rakan-rakan anda. Link tersebut sememangnya sangat terkenal di Facebook iaitu Virus Koob Face.

5. Elakkan mengunakan ChatBox dan memberi maklumat peribadi anda di "IM" Chat, kerana virus tersebut akan merakam setiap butiran yang anda taip.

6. Update perisian AntiVirus anda dengan lebih kerap. Jika anda tidak sengaja menekan pada Post/Link sebelum menyedari ia adalah satu Virus, seterusnya elakkan dari menekan mana-mana link dari post selanjutnya. Jika anda tertekan, Virus KooBFacE dapat diremove sekiranya anda mempunyai program AntiVirus yang terkini.

7. Jangan gunakan e-mel dari yahoo mail untuk mendaftar di facebook, kerana email dari yahoo mudah di ceroboh. Elakkan menggunakan nama anda sebagai alamat email.

8. Email yang digunakan untuk mendaftar di facebook tidak boleh digunakan untuk menyimpan atau mendaftarkan akaun lain, terutama yang berkaitan dengan tujuan bussines seperti paypal, moneybookers, dan sebagainya.

9. Pada maklumat dalam profile, anda disarankan agar tidak memaparkan semua maklumat anda didalam profil anda. Sebagai contoh, Basic information, Personal Information, dan Contact Information, terutama sekali Email, IM Screen, dan Website.

10. Jangan tunjukkan alamat Email pada profile anda. Caranya: Pilih Settings dan kemudian klik Privacy Setting, kemudian pilih profile menu, dan pilih Contact Information, kemudian pada menu IM Screen Name dan Email Screen Name tukar kepada "Only Me".

11. Untuk password akaun yang disyorkan adalah bukan password Email yang sama, dan sekurang-kurangnya 10 aksara (numerik dan abjad angka). Contoh: bar0125jos. Jangan gunakan tarikh lahir anda sebagai password.

12. Website adalah cara ketiga oleh hacker untuk mencari alamat Email anda, kerana jika anda menyertakan alamat website peribadi seperti blogger dan wordpress kerana mereka boleh mencari alamat email anda di website tersebut. Oleh kerana itu, jangan masukkan alamat website peribadi anda di maklumat akaun facebook anda.

13. Dan yang paling penting hadkan orang yang boleh melihat maklumat dan gambar- gambar di profile anda. Jangan terima friends request dari orang-orang asing yang tidak dikenali atau mempunyai profile yang tidak lengkap dan mencurigakan.

14. Jangan download sebarang file dan mengisi borang dari link yang anda klik daripada Facebook.

Hati-Hati Buat Kaum Wanita Semasa Menginap Di Luar

Berhati-hatilah kepada wanita sekalian, apabila anda menginap di hotel, chalet, hostel, tempat-tempat persinggahan atau penginapan luar, ambil sedikit masa dan cuba pastikan kamera atau apa-apa perakam tiada di sekitar bilik mandi atau bilik tidur. Kerana kemungkinan ini akan berlaku, kamera-kamera sekarang yang semakin kecil dan canggih, amatlah mudah untuk disorok dimana-mana ceruk dan ruang. Ingatlah maruah anda sebagai wanita wajib terpelihara dari perkara-perkara yang tidak di ingini.

Jom dapatkan versi percuma Ayat-Ayat Kahwin Muda. Sila klik banner di bawah.

Thursday, December 22, 2011

Keputusan PMR 2011

Hari ini keputusan Ujian Penilaian Menengah Rendah [PMR] telah diumumkan. Selepas jam 10.00 pagi, calon-calon PMR 2011 mula mendapatkan slip keputusan dari sekolah masing-masing. Pencapaian Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah terbaik dalam tempoh empat tahun lalu berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata. Seramai 34,271 atau 7.77 peratus daripada 448,738 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mencatatkan keputusan A bagi semua subjek iaitu peningkatan sebanyak 0.75 peratus atau 3,408 pelajar berbanding 2010.

Tahniah diucapkan kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang. Teruskan kecemerlang itu semasa SPM nanti. Bagi yang kurang cemerlang janganlah bersedih dan berputus asa kerana SPM masih ada 2 tahun lagi bagi membuktikan adik-adik memang cemerlang. Belajarlah dari pengalaman 3 tahun PMR untuk 2 tahun SPM akan datang. Kegagalan hari ini bukan kegagalan buat selama-lamanya. Kegagalan hari ini adalah kejayaan hari esok selagi tidak berputus asa, berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. =)

Penjaga Gol Kena Kad Kuning Akibat Selamatkan Kucing

Seorang penjaga gol sebuah kelab bola sepak di Crotia, Ivan Banovic, mendapat kad kuning semata-mata kerana membawa keluar seekor kucing dari padang. Ia terjadi semasa perlawanan Division I Crotia di antara kelab Sibenik dan Medjimurje Cakovec. Kisah ini menjadi liputan luas di media-media Crotia, Isnin (23/11).

Ivan Banovic merasa terkejut semasa pertandingan memasuki minit ke-20 kerana tiba-tiba ada seekor kucing berjalan ke arah tiang gol yang dikawalnya. Banovic mengangkat haiwan tersebut dengan penuh kasih sayang dan kemudian meletaknya di tempat selamat berdekatan papan skor.

Namun, pengadil menganggap tindakan Banovic tidak sepatutnya dan segera mengeluarkan kad kuning buat pemain itu dengan alasan, meninggalkan padang tanpa izin.

Tindakan pengadil itu menjadi kemarahan penonton, mereka mengejek pengadil tu. Penonton menuduh pengadil itu tidak mempunyai perasaan kemanusian.


Sunday, December 18, 2011

FC Barcelona Kelab Terbaik Dunia 2011

Akhirnya terjawab jua FC Barcelona merupakan Kelab Terbaik Dunia 2011 setelah mengalahkan Santos FC 4-0. Kemenangan dengan jumlah gol yang banyak dan persembahan permainan yang cukup menarik yang ditunjukkan FC Barcelona dengan menguasai permainan 71% berbanding dengan Santos FC hanya 29%. Keistimewaan Lionel Messi tidak dapat disangka lagi setelah menjaringkan 2 gol yang menarik.

Ternyata Juara Amerika Selatan, Santos FC bukan lawan Juara Eropah, FC Barcelona yang tidak dapat menguasai perlawanan dengan baik setelah penguasaan bola yang ditunjukkan FC Barcelona dengan hantaran bola pendek dan pantas. Ditambah adanya Lionel Messi pengerak utama FC Barcelona yang lincah dan mempunyai skill menguasai bola tersendiri dan barisan pertahanan FC Barcelona yang kuat yang diketuai Carles Puyol yang menyebabkan Neymar tidak dapat menguasai bola yang baik seperti permainannya sebelum ini. Ditambah peluang menjaringkan gol tidak dimanfaatkan sepenuhnya Neymar.

Pengajaran yang dapat kita pelajari disebalik FC Barcelona adalah simple dan tenang ada keistimewaanya tersendiri. =)

Sakit Mengajar Kita Erti Nikmat Sihat

Tiada siapa mahu diuji dengan sakit walaupun hanya digigit semut. Kerana sakit itu satu kepahitan. Kerana pahit satu yang tidak indah dirasai. Tapi tiada siapa menduga apabila sakit datang menjengah diri. Dikala kita sedar atau tidak kerana zaman kini penyakit tidak mengenal umur dan siapa. Sudah banyak orang di usia kanak-kanak sudah ada penyakit kronik. Semua itu ketentuanNya, tiada siapa dapat menghalang apabila Dia mahu.

Tapi ramai orang tidak sedar bahawa sakit juga satu nikmat pemberianNya seperti nikmat-nikmat lain. Sakit mengajar kita erti nikmat sihat yang kadang-kadang ramai tidak menjaganya dengan baik. Disebabkan kesibukan aktiviti harian manusia lupa menjaga kesihatan diri. Ditambah jarang sakit lagilah buat manusia leka dan senang hati dengan kesihatannya. Sebab itulah kadang-kadang terus diserang sakit yang teruk.

Yang pasti setiap ujian dan pemberianNya ada hikmah disebaliknya sama ada kita sedar atau tidak. Kerana sakit buat kita lebih menghargai kesihatan diri. Kerana sakit buat kita lebih rapat denganNya. Kerana sakit buat kita sedar dan beringat akan kematian yang akan datang jua. Semua itu ada hikmahnya yang Dia mahu bagi tahu pada kita. Kerana Dia berikan apa yang perlu bagi kita bukan apa yang kita mahu.

Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri sebelum sakit datang menjengah diri. Bagi insan yang dialami sakit janganlah sedih kerana sakit itu buat kita lebih kuat jiwa dan hati dari orang yang sihat. Anggaplah sakit itu nimat istimewa dariNya =)


Monday, December 12, 2011

Ayat-Ayat Kahwin Muda

Kahwin adalah saat yang sangat dinanti-nantikan setiap orang apatah lagi kahwin di usia muda. Berkahwin di usia muda adalah suatu niat suci yang tak perlu diberi pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripadanya . Ia sudah menjadi tuntutan agama, yang mana digalakkan oleh Nabi SAW sejak dulu lagi. Malah dianggap sebagai ibadah, macam amalan-amalan lain. Kalau dah agama yang menuntut kita mendirikan rumahtangga, kenapa kita masih mempertikaikan kebaikannya.

Ada banyak kelebihan berkahwin di usia muda. Antara yang kita perlu tahu adalah :-

  1. Kahwin di usia muda memberikan ketenangan jiwa dan tidak akan lagi kesunyian.
  2. Kahwin di usia muda, menjadikan ibadah kita lebih berkualiti, penuh khusyuk. Yalah, tiada lagi masalah nafsu dan ketidaktenangan terhadap pasangan yang belum pasti.
  3. Kahwin di usia muda, menjadikan mereka lebih fokus terhadap tanggung jawab termasuk terhadap pencarian ilmu. Masa semakin banyak perlu digunakan dan tiada lagi masalah nak melakukan perkara sia-sia seperti bermain game siang malam, bersembang hingga larut malam dan membaca komik berjam-jam tanpa hulu tuju yang kadang-kadang tak kelihatan matang dan membazir masa jika keterlaluan.

Namun tidak semudah itu kerana pasti banyak halangan dan cabaran yang akan membantut niat untuk berkahwin ketika masih belajar atau seusia muda antaranya masalah kewangan, masalah keluarga (keizinan kedua-dua ibu bapa) dan masalah cabaran selepas kahwin. Tak salah mendirikan rumahtangga jika ada sudah sampai masanya.

Apabila kita tahu cara yang betul dan pengalaman orang sudah berkahwin terutamanya berkahwin di usia muda muda insyaAllah akan menjadi kenyataan. Untuk mengetahui lebih lanjut tip-tip kahwin muda sila klik banner di bawah. =)

Sunday, December 11, 2011

Gambar Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

From : http://bulanpurnama89.blogspot.com
Photoshoot : Planetarium Negara

Orang ramai yang hadir

8.50 PM

9.15 PM

9.17 PM

9.21 PM

9:25 PM

10.07 PM

10.16 PM

10.38 PM

10.46 PM

10.53 PM

10.55 PM

11.02 PM

11.12 PM

11.34 PM

11.41 PM

11.51 PM

12.02 AM

12.10 AM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Posts